Adakah Hiphop Popular di Malaysia?

2024-11-01

Soalan ini memang selalu muncul. Ramai nak tahu sejauh mana sebenarnya hiphop diterima di Malaysia? Jawapan yang kukuh memang tak ada, tapi aku akan cuba jawab berdasarkan data dari Spotify. Ini satu anggaran kasar tahap populariti di Malaysia.

Kenapa tengok Spotify?

Spotify sumber berguna sebab dari situ kita boleh:

  1. Tentukan Negara Asal: Artis kebanyakan dari Malaysia, tapi aku kira juga dari Singapura dan Brunei sebab budaya hiphop mereka relevan.
  2. Sahkan Genre Hiphop: Bila Spotify label artis sebagai “hiphop” atau genre berkaitan, aku akan anggap mereka dalam kategori hiphop Malaysia.

Banyak juga artis yang Spotify tak bagi label genre, jadi artis-artis ni terpaksa aku skip. Secara jumlah:

Mungkin jumlah sebenar lebih banyak tapi aku rasa ini dah cukup untuk beri idea kasar.

Bagi yang berminat boleh tengok data di sini.

Tengok Populariti Melalui Data Spotify

Spotify ada satu ukuran populariti untuk setiap artis, dengan markah antara 0 hingga 100 (100 paling popular). Jadi aku bandingkan populariti artis hiphop dengan artis bukan hiphop. Untuk perbandingan, kita boleh tengok beza purata populariti:

Genre Jumlah Purata Populariti
Bukan Hiphop 891 18.59
Hiphop 351 16.09

Sekali imbas, walaupun hiphop bukan genre dominan, popularitinya tidak terlalu ketinggalan berbanding genre lain.

20 artis hiphop Malaysia yang paling popular di Spotify:

Spotify Popularity Artis Link
49 Joe Flizzow Spotify
48 Yogi B Spotify
46 SonaOne Spotify
46 Zizan Razak Spotify
45 Xpdc Spotify
45 Luqman Podolski Spotify
45 53 UNIVERSE Spotify
44 Yonnyboii Spotify
44 ALYPH Spotify
43 Gard Spotify
43 YBJ Spotify
43 FITTO Spotify
43 Malique Spotify
42 Saixse Spotify
42 lucidrari Spotify
41 Eemrun Spotify
41 Zynakal Spotify
40 Quai Spotify
40 GARD WUZGUT Spotify
40 Altimet Spotify

Menarik bila tengok senarai artis yang Spotify anggap paling popular dalam kategori hiphop di Malaysia. Joe Flizzow di tangga teratas memang tak mengejutkan, tapi kemunculan nama-nama seperti Yogi B, Zizan Razak, dan Luqman Podolski di kedudukan tinggi menunjukkan adanya permintaan untuk pelbagai gaya dalam hiphop, dari old school ke kontemporari.

Namun, ada juga tanda tanya bila kita lihat Spotify melabelkan Xpdc sebagai hiphop. Ini mungkin disebabkan mereka pernah berkolaborasi dengan artis hiphop, atau mungkin sistem pengkategorian Spotify sendiri yang kurang tepat untuk genre yang lebih niche di Malaysia. Apa pun sebabnya, ia menunjukkan bagaimana algoritma kadang-kadang boleh tersilap dan menjejaskan gambaran sebenar.

Senarai ini juga menunjukkan kehadiran artis-artis baru yang mungkin mewakili gelombang hiphop generasi baru di Malaysia. Nama-nama seperti Yonnyboii dan lucidrari, misalnya, membawa pendekatan berbeza, menambah elemen seperti pop dan trap ke dalam hiphop mereka. Mungkin ini mencerminkan perubahan dalam selera pendengar Malaysia yang semakin terbuka kepada gaya dan sub-genre yang pelbagai dalam hiphop.

Jadi, senarai ini bukan sekadar menunjukkan populariti, tetapi juga arah perubahan dalam industri hiphop tempatan. Artis baru dan elemen eksperimen dalam karya mereka menandakan hiphop Malaysia terus berkembang, merentas batas genre tradisional.

Artis Bukan Hiphop

Untuk memahami kedudukan hiphop berbanding genre lain di Malaysia, aku pisahkan senarai artis bukan hiphop yang popular di Spotify. Dengan cara ini, kita boleh lihat pola populariti yang berbeza antara genre hiphop dan genre-genre arus perdana.

Spotify Popularity Artis Genre Link
67 Afgan malaysian pop Spotify
66 JJ Lin singaporean mandopop Spotify
64 Firdhaus malaysian mandopop Spotify
61 Jaz bruneian pop Spotify
61 Stefanie Sun singaporean mandopop Spotify
58 Tanya Chua singaporean mandopop Spotify
57 brb. singaporean pop Spotify
56 Fish Leong malaysian mandopop Spotify
55 Dato’ Sri Siti Nurhaliza classic malaysian pop Spotify
55 Masdo malaysian indie Spotify
54 Rangga Jones singaporean pop Spotify
53 Hyper Act malaysian pop Spotify
53 Yuna malaysian pop Spotify
52 Insomniacks malaysian pop Spotify
52 Sarah Suhairi malaysian pop Spotify
51 Sufian Suhaimi malaysian pop Spotify
51 Namewee malaysian mandopop Spotify
51 Projector Band malaysian pop Spotify
51 Ernie Zakri malaysian pop Spotify
50 BY2 singaporean mandopop Spotify

Dari senarai artis bukan hiphop, genre seperti mandopop, pop, dan indie jelas mendominasi, dengan nama-nama seperti JJ Lin, Stefanie Sun, dan Yuna. Ini menunjukkan selera muzik arus perdana di Malaysia dan penerimaan artis Malaysia cenderung kepada genre-genre ini.

Populariti mandopop mungkin bukan hanya kerana minat tempatan tetapi juga sokongan peminat luar, menjadikannya lebih besar dan konsisten berbanding hiphop.

Pop dan indie kekal popular kerana daya tarikannya yang lebih universal dan mudah diterima ramai. Walaupun hiphop lebih niche, ia masih punya audiens tersendiri, sementara genre arus perdana terus dominan.

Gambaran

Untuk gambaran yang lebih jelas, aku sediakan carta perbandingan artis hiphop dan bukan hiphop. Saiz petak di setiap kelas populariti tunjukkan jumlah artis dalam tahap populariti tersebut.

Dari sini, nampak perbezaan populariti antara hiphop dan bukan hiphop sebenarnya lebih ketara di kalangan artis paling popular saja. Untuk kelas populariti lain, saiz petak yang hampir sama menunjukkan kebanyakan artis Malaysia samada hiphop atau tidak berada pada tahap populariti yang serupa.

Jadi, adakah hiphop betul-betul popular? Berdasarkan data, jawapan tu agak subjektif. Hiphop mungkin tak sehebat genre-genre arus perdana seperti pop atau indie, tapi nampaknya genre ni ada pengikut setia yang membantu hiphop terus kekal relevan. Artis-artis veteran masih dapat sambutan, dan pada sama nama-nama baru mula muncul untuk bina pengaruh di kalangan peminat.

Tapi semua ni akan berubah, sebab budaya muzik sentiasa bergerak. Mungkin dalam penulisan seterusnya, aku boleh tengok dari perspektif lain untuk lebih faham kedudukan hiphop di Malaysia. Buat masa sekarang, boleh dikatakan hiphop sekurang-kurangnya cukup popular untuk kekal relevan dalam arena muzik Malaysia.

Petak Ajaib UG (haftungsbeschränkt) 2024